Ni la gambar cili fertigasi saya yang dilanda banjir dulu. Pada post yang pertama dulu saya janji nak cari gambar untuk tatapan semua,sebenarnya ada banyak lagi gambar-gambar tu,tapi masa tu saya banyak guna kamera biasa,bukan digital, nak kena scan dulu.
Selepas musibah itulah saya mengambil keputusan untuk berhijrah ke projek cendawan pula. Saya sangat berharap agar projek ini akan berjaya. Agak susah juga untuk membuat keputusan sekarang ni ya. Terdapat banyak projek pertanian bersekala kecil yang boleh memberi pendapatan lumayan jika kena gayanya. Projek tersebut seperti ternakan lintah, cacing harimau, keli dan banyak lagi seperti yang diiklankan didalam surat-surat khabar. Kos untuk kursus tu kadang-kadang seperti tak masuk akal. Bila lagi dia orang buat duit. Semalam-27 april 2008,berita TV3 menceritakan mengenai projek membela lintah yang diusahakan di Beris Lalang, Bachok, Kelantan. Nampak mudah, sebab dia guna tangki Poli, tidak seperti mula-mula diperkenalkan dulu, kena korek kolam atau simen konkrit
No comments:
Post a Comment