Tukar link

Saturday, June 14, 2008

Maaf ya, saya sibuk sikit....

Maaf ya, saya sibuk sikit. Waaa.. apabila tiada post baru untuk diketengahkan, ada pelawat yang tanya mengenai lapuran terkini ya. Terima kasih kerana sudi melawat. Walaupun saya tak post berita yang terkini tetapi saya sentiasa memantau blog saya, tengok siapa yang datang.

Beberapa hari lepas,modem streamix saya 'pop' semasa petir, rupanya apabila isteri saya menalipon TMnet, perkara tersebut telah berjaya diselesaikan.

OK.. tadi saya ada melawat blog Cima, Puan Lina bercerita mengenai promo produk dia di Jusco pada 23 dan 29 Jun ni. Kalau ada sapa yang terbaca cerita ni, pi la melawat dia di Jusco Bukit Tinggi pada hari yang tersebut. Saya berharap nanti produk keluaran syarikat beliau boleh menembusi pasaran dunia seperti yang diimpikan. Saya sempat mengenali beliau selama dua hari ketika berkursus di Syarikanya, Cima Agro Sdn Bhd. Saya dah rasa cendawan goreng sejuk beku yang rangup tu, sempat beli dua kilo.

Nanti kalau ada kursus produk sejuk beku di Cima, saya orang pertama yang akan mendaftar.

No comments: