Saja la nak tunjuk gambar ni. Kepunyaan Ali Kemunting. Sekarang ni Ali dah buat benih dan adakan Kursus juga. Setiap hari sabtu. Hari tu masa melepasi tol Changkat Jering, di simpang nak menghala ke Taiping , terdapat satu banner kursus cendawan yang dianjurkan oleh Ali.
Teringat nak ambil gambar, tapi tempat sibuk sikit. Tujuan saya tunjuk gambar ni ,ialah untuk menjawab soalan kawan-kawan yang baru menceburkan diri dalam bidang cendawan ni. Dalam blog Zumara ada satu soalan mengenai saiz plastik yang boleh digunakan untuk bag media. Saya pernah lihat ada pengusaha Cina menggunakan plastik yang digunakan untuk mengisi kari di restoran, yang kelabu tu. Seperti gambar diatas.
No comments:
Post a Comment