Mixer saya, rm1500 ,.beli, tak buat sendiri. Nampak lagu buleh buat sendiri, tapi tak dan nak buat. Kalau cat, tentu nampak cantik sakit, ya. Main bearing dia saya nampak dah longgag. Tak pa buleh guna lagi. Patutnya kalau guna motor,kurang bising, tapi mesin saya agak bising sikit.
Yang ni pulak, fabrikasi nak meniru AY naning atau AYNE. Masa memula nak mencari maklumat mengenai perkulatan dulu, saya ada melihat satu blog kawan kita, tapi saya dah lupa blog dia, nanti saya chek balik, dia ada cerita yang dia pernah melawat AYNE, ada gambar mixer buatan AYNE dalam blog dia. Tapi masa tu tak patah dua lagi kot.
Jadinya , projek saya tu saya simpan dulu. Kalau anda perasan sebelah motor letrik dibawah rak tu, ada reducer, tu semua komponen untuk mixer yang tak jadi tu la.
Diatas rak tu yang macam akuarium, ialah transfer box. Macam yang AYNE guna untuk transfer culture F1 kedalam gandum, tapi saya tak pernah guna, sebab dia besar sangat. Nanti kalau saya dah ada makmal, mungkin dia akan berguna balik.
No comments:
Post a Comment