Tukar link

Friday, April 18, 2008

CEO

Saya pernah ditanya oleh rakan cendawan yang sama-sama belajar mengenai cendawan,"Cik Din, satu botol benih,Cik Din boleh dapat berapa bag".Saya tidak memberi jawapan kepada soalan tersebut,sebaliknya secara berseloroh saya menjawap saya adalah CEO kpd syarikat saya,tugas tersebut dilakukan oleh pekerja saya....Sebenarnya adik perempuan saya tidak bekerja dan suaminya pula bekerja dikampung, saya telah menghantar adik saya berkursus Di Pusat Pertanian Bumbung Lima.Saya sendiri telah berkursus diUIA (Perintis Agrotech) ,di Malimas bangi.dan di Bumbung Lima.Tetapi dengan kepesatan teknologi dunia, didalam internetlah paling banyak ilmu,terutamanya cendawan.Blogger cendawan memang tak kedekut ilmu.Saya perhatikan apabila seseorang bertanyakan soalan,ramai yang menjawab mengikut pengalaman masing-masing.saya amat kagum dengan anda semua...Berbalik kpd persoalan awal tadi..Projek ini memang projek saya,satu cara untuk memperbaiki@meningkatkan taraf hidup dan nampak memang ada potensi.Adik dan suaminya adalah pekerja tetap saya, saya cuma boleh berada ditapak projek cuma dua hari seminggu,ok jugak kan? sbb Kedah cuti Jumaat/sabtu.Saya akan memastikan bahan asas mencukupi.Semua barang saya beli sendiri.Dari habuk kayu,dedak, kapur,plastik,kayu rak....semua barang .Jangan tak percaya kalau saya katakan bahawa saya pernah memandu Pajero saya keVITA Tanjung sepat untuk melawat dan membeli peralatan plastik.Penuh Pajero boleh memuatkan 10k set neck,top&chilli cap..dan juga 75kg plastik.Tengok gambar tu,penuh Pajero.
Sekian dulu.

No comments: