Tukar link

Saturday, July 5, 2008

span.

Span..... ada bermacam-macam pendapat dah la ni mengenai span ni. Ada depa kata kalu guna span, masa kita penyet nak masukkan dia kedalam top cap, dia akan jadi tak dak lubang untuk cendawan benafas, depa tu syorkan guna kapas balik. Tapi kapas mahal la noo. Tak pa kot guna span ni. Dulu awat tak pa pun. Shitake tak pa la sekilo RM 50. Buleh la guna kapas.
Pada sesiapa yang dok was-was mengenai span ni, saya rasa dan saya kata, kita patut guna span. Tap pa aih. Ramai lagi orang dok guna benda tu.

Kalu kot belah KL ka Johor ka tak pa la tak guna benda ni, sebab kami dah ter order meterial yang guna span. Stok saya ada 10k lagi yang guna span. Tapi rasanya murah juga span ni, Masa minyak tak naik dulu saya pi beli selori , dua ikat rm 150.00. Tu nampak dak lebih belambak lagi , tatau nak letak mana.
Tengok ni, dah campak dah, keluag lagi. Pasai tu la orang pangge kulat. Tang mana pun dia buleh hidup. Masa kusus dulu kat Petanian Bumbung Lima, depa ada cerita yang depa penah buang bag media yang tak mau keluag kulat dia. Dah berapa kali buka tutup, tamau keluag jugak. Selepas diarahkan buang, petangnya hujan sampai malam, pagi esoknya kulat yang disemai itu tumbuh dengan jayanya. Haa.. apa kes, kesnya bangsal kurang sejuk.
Gambar bawah ni ialah berlokasikan bilik air dirumah saya. Kalu dia keluag lagu ni, maka saya pun akan ada dua pilihan, satu..sayurkan dia, kedua..masak agar (PDA), untuk culture benih. Tu, tutup rehat dia saya guna tisu. Sampai ketika dia, dia akan keluag sendiri.

No comments: